Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Mulakan Diet Kurus dengan Shaklee

Posted by LyA SaFaR at 11:45 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Pagi khamis yang indah...bagi orang johor hari ni hari yang best sebab esok cuti....hoyeah..hari ni Lya nak cerita pasal slimmmming gitu...masing2 nak tampil cantik menawan slim melim di hari raya...so jon kita try set slimming shaklee ni..tak salah mencuba dari tak mencuba langsung kan..usaha tangga kejayaan...yeahhh

Tak dinafikan, Shaklee Slimming set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat  , kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet. 

Ramai yang terutamanya yang dah mengambil supplement Shaklee seperti CINCH SHAKES, OMEGA GUARD, ALFALFA ,LECITHIN,CINCH TEA dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu jugak diingat berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak. Rasanya semua dah tahu cara kira BMI, so tak payah saya terangkan disini.

Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.

1. Makan sumber protin pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan.

Bagi yang dah ada set slimming shaklee, CINCH SHAKES baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin. Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan.

2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta.

Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spegheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.

3. Makan makanan yang segar.

Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.

4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.

Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.

5. elakkan makan buah buahan berlebihan.

Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.

6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.

Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan sumber kalsium dan magnasium.

7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.

Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, emberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.

8. Hentikan penggunaan minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.

Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.

9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.

Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.

10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.

Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.

Cadangan Pemakanan Slimming Set Shaklee


SARAPAN

  • Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
  • Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
  • Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit

MAKAN TENGAH HARI

  • Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
  • Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
  • Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
  • Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.

MAKAN MALAM

  • Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
  • Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
  • Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.

Monday, March 10, 2014

Alfalfa Shaklee: Apa keistimewaannya?

Posted by LyA SaFaR at 8:00 AM 0 comments







Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi. 

Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation. 

Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplemen pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak, maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplemen Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada semua golongan. 

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral kalsium, magnesium, kalium, fosforus, zat besi, flourida, protein, mineral surih, serat, dan asid lemak. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah. Alfalfa juga telah digunakan sekian lama di Afrika sebagai milk booster untuk ibu yang menyusukan anak.

Di antara vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Shaklee adalah:
  • Vitamin A - Untuk penglihatan. Membina ketahan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan: menggalakan pertumbuhan sel, menggalakan kulit yang sihat.
  • Vitamin E - melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
  • Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.
  • Vitamin K - penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati
  • Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
  • Kalsium - membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.
  • Zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
  • Kalium - membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.
  • Fosforus - meningkatkan peranan tisu saraf.
  • Sodium - mengawal keseimbangan cecair dalam badan
  • Magnesium - mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.
  • dan banyak lagi vitamin dan mineral yang dijumpai yang tak dinyatakan di sini.
Selain itu, Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Protein diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan kita. Kekurangan protein di dalam badan menyebabkan kita cepat lesu dan letih. Akar alfalfa pula yang memanjang ke dalam tanah mencari mineral penting yang tidak kesampaian oleh tumbuhan lain.

ALFALFA NI UNTUK APA SEBENARNYA????
  1. Merawat gangguan pencernaan.
  2. Mengawal kolestrol dalam darah
  3. Menghapuskan kolestrol buruk (LDL) 
  4. Mengurankan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetis kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air di dalam badan terutama di bahagian kaki
  7. Mengurangkan simptom menopaus
  8. Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik di dalam badan
  11. Merawat sakit otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Terkenal dengan fungsinya yang memperbanyakkan susu ibu
  15. Merawat masalah pundi kencing
  16. Merawat masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
  21. Membantu merawat lain-lain masalah kesihatan seperti alahan, gout, nafas berbau, arthritis, masalah kolon, hernia hayfever, bau badan, ulser dan sinus.
APA KEISTIMEWAAN ALFALFA SHAKLEE???
  1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  3. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  4. Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti panas dan cirit birit
  5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan
  6. Membantu melengkapkan zat dan nutrisi dalam pemakanan.
AWAS!!!!!
Tidak semua alfalfa adalah sama. Alfalfa yang didapati di supermarkat adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau yang menggunakan racun pesticide. Alfalfa Shaklee ditanam di California USA tanpa menggunakan pesticide, racun kulat, bacterioside, hormon sintetik dan bahan kimia.
Cara pengambilan

Alfalfa boleh diambil 4-6 biji sehari selepas makan. Kebiasaannya diambil 2 biji selepas sarapan pagi, 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji selepas makan malam.

Anda berminat??? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga teristimewa.

Anda tak cukup bajet tetapi berminat untuk mencuba??? Jangan risau... saya ada menyediakan pek percubaan dengan harga yang amat rendah. 

Jom roger2!!!


Shaklee Independent Distributor
SID :1085732
019-8614724
LYA


Suplement Kurangkan Kesakitan Akibat Resdung/Alergi/Gegata/Eczema/Asthma

Posted by LyA SaFaR at 7:54 AM 0 comments
Assalamualaikum Semua...


Pagi ni saya nak kongsi tentang penyakit RESDUNG... Ada orang kata penyakit ni berpunca daripada keturunan. Tapi tak tahu lah betul atau tidak. 


Anda tahu Apa itu RESDUNG? 
Resdung merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius.


Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya.
Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Artikel di bawah ni saya jumpa di Utusan Online.
Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Scan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tip menguruskan resdung:
1) Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
2) Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
3) Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
4) Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
5) Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
6) Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
7) Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
8) Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
9) Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Jika anda berminat untuk mengurangkan resdung dengan cara mengambil suplemen. Anda boleh mencuba vitamin semulajadi dari Shaklee. Vitamin yang dicadangkan ialah Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa. Mengapa?
  • Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
  • B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon
  • Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
Selain daripada resdung (Sinus), vitamin diatas boleh juga diambil oleh sesiapa yang mempunyai asthma (Asthma), alergi(Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).

Shaklee Independent Distributor
SID :1085732
019-8614724
LYA

ALFALFA UNTUK KESIHATAN BERGANDA

Posted by LyA SaFaR at 7:41 AM 0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...




Kenapa ramai yang suka Alfalfa Complex ni yer? Apa kelebihannya yang membuatkan ramai suka ni... Lelaki perempuan boleh makan.. Jimatkan.. Tak perlu beli suplemen asing satu untuk suami & satu untuk isteri pulak...






Anda nak tahu apa Alfalfa ni? Alfalfa ni merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Lagi satu yang membuatkan produk ni dipercayai sebab Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. Maknanya dah lebih 60tahun produk ni dipasarkan.




Apa yang anda perlu tahu tentang Alfalfa Complex Shaklee :-

  • Sumber semulajadi alfalfa.
  • Pil juga boleh dihancurkan & dicampur ke dlm air sebagai minuman herba semulajadi.
  • Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). 
* Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. 
Cadangan suplemen untuk kesihatan yang boleh anda ambil bersama Alfalfa


  1. Untuk nak kurus = Alfalfa + Lechitin
  2. Untuk ibu menyusu = Alfalfa + ESP
  3. Untuk Sembelit = Alfalfa + Ostematrix
  4. Untuk Keintiman Suami Isteri = Alfalfa + Vit E
  5. Untuk kesihatan Sendi = Alfalfa + Advanced Joint Health 
  6. Untuk Asthma = Alfalfa + Omega Guard
  7. Untuk kecantikan kulit = Alfalfa + Vitamin C
    Shaklee Independent Distributor
    SID :1085732
    019-8614724
    LYA

ALFALFA MERAWAT KEPUTIHAN WANITA

Posted by LyA SaFaR at 12:39 AM 0 comments
❝ Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan. ❞
PUNCA KEPUTIHAN:
Keputihan atau lendir faraj terjadi akibat : 

✿ Perubahan hormon yang dilalui setiap wanita

✿ Jangkitan kuman yang menganggu organ kewanitaan

✿ Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

✿ Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

✿ Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

✿ Penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

✿ Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.


Tanda-tanda Keputihan Abnormal

Beberapa tanda dan ciri-ciri keputihan abnormal adalah seperti berikut:

1. Cecair yang keluar berwarna kecoklatan.
Warna kecoklatan pada keputihan abnormal ini kerana cecair yang keluar bercampur dengan darah, biasanya berlaku pada wanita dengan kitaran haid tidak teratur. Jika disertai dengan rasa sakit pada pinggul maka kemungkinan ada gejala kanser endometrium atau kanser serviks.

2. Cecair yang keluar berwarna kekuning-kuningan.
Jika cecair keputihan yang keluar berwarna kekuning-kuningan biasanya petanda terjadinya jangkitan gonorhea; apalagi jika keputihan disertai dengan pendarahan dan rasa nyeri pada saat buang air kecil.

3. Cecair yang keluar berwarna kehijauan disertai bau busuk 
Warna kehijuan dan bau busuk pada keputihan abnormal ini biasanya menandakan adanya jangkitan trikomoniasis.

4. Cecair yang keluar kental berwarna putih susu.
Jika keputihan abnormal yang keluar kental dan berwarna putih susu, serta disertai bengkak dan rasa sakit pada faraj, adalah petanda adanya jangkitan organ pembiakan.

5. Gatal sekitar vagina
Jika cecair keputihan berwarna kekuningan disertai bau , gatal, bengkak dan kemerahan pada bibir faraj maka kemungkinan besar keputihan abnormal ini disebabkan kerana bakteria.


Pengambilan supplement Alfalfa Complexs sangat disarankan sebagai langkah langkah pencegahan & merawat keputihan menjadi lebih serius.
Alfalfa Complex Shaklee merupakan pilihan terbaik kerana Alfalfa membantu mengatasi masalah keputihan dan masalah kewanitaan yang lain. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat. 


Shaklee Independent Distributor
SID :1085732
019-8614724
LYA
 
 

LYA SAFAR WARDROBE Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review