Showing posts with label SOAL JAWAB. Show all posts
Showing posts with label SOAL JAWAB. Show all posts

Friday, April 18, 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee yang Betul

Posted by LyA SaFaR at 7:27 AM 0 comments

 Assalamualaikum...

Pagi yang indah hari ni..Lya nak share beberapa tips cara pengambilan vitamin Shaklee dengan betul. Biasanya Lya akan guide customer Lya cara makannya...Lately ramai juga yang beli dari orang lain tapi menanyakan maklumat lanjut dengan Lya...so Lya mudahkan kerja anda dengan anda rujuk entri kali ni ye...jika anda ada masalah berhubung pemakanan vitamin anda boleh terus direst wassup Lya di 0198614724 atau fb Lya Safar

Jadual Umum Dan Cara Makan Vitamin Shaklee Bagi Penyerapan Optimum
 
Kalsium ( Ostematrix)  bagus diambil selepas makan. Tetapi, tidak menjadi masalah sekiranya ingin diambil sebelum tidur seperti kita minum susu sebelum tidur.

Magnesium seelok-eloknya diambil pada waktu sebelum tidur.

Pengambilan Zinc bersama-sama makanan akan mengelakkan rasa loya dan ingin muntah.

B Complex diserap secara optimum pada waktu selepas sarapan pagi dan memberi tenaga sepanjang hari.

Ambillah Vitamin C pada waktu selepas sarapan pagi bagi mengelakkan sakit perut kerana kandungan asid askorbiknya boleh menyebabkan perut anda memulas-mulas.

Vitalea / iron haruslah diambil bersama-sama Vitamin C kerana vitamin C akan membantu dan mempercepatkan penyerapan zat besi dengan lebih optimum

Elakkan makan Vitalea bersama produk tenusu / Ostematrix kerana kalsium akan mengganggu penyerapan kalsium

Elakkan makan vitamin sekaligus kerana akan meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu sahaja ye. so kena pandai bahagikan vitamin yang anda ambil dan makan pada waktunya. selain dari itu..kita juga mahu menjaga buah pinggang kita agar tidak terbeban untuk menanpung banyaknya vitamin yang kita ambil pada satu2 masa.

Kurangkanlah makanan dan minuman yang berunsurkan kafein ye...kalau tidak anda akan merasa sukar untuk merasai manfaat daripada vitamin yang anda ambil.sayang je..

Tolong elakkan makan makanan tambahan anda atau vitamin bersama ubat-ubatan ye.


Sila ambil perhatian. Elakkan telan bersama-sama:
Ostematrix dan Vitalea
Alfalfa dan Vita E


Masa sesuai makan vitamin

1. Sebaik-baiknya pengambilan vitamin dilakukan selepas makan supaya kadar penyerapan vitamin lebih baik dan optimum jika diambil bersama-sama dengan makanan.


2. Produk vitamin sustained released sangat “highly recommended” atau disyorkan untuk diambil sekali atau bersama dengan makanan supaya fungsi sustained released dapat dioptimumkan dengan nutrien yang dilepaskan secara perlahan dan berperingkat-peringkat.

3. Bagi memastikan penyerapan pada kadar yang paling optimum, ambillah vitamin dan mineral bersama-sama.

ok buat masa ni...ni sahaja yang lya dapat sampaikan...sampai bertemu lagi di lain hari....hihi

INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUARGA SHAKLEE??SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA ATAU WASSUP LYA DI NOMBOR YANG TERTERA DIATAS...JANGAN KETINGGALAN UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI DENGAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Monday, March 10, 2014

Alfalfa Shaklee: Apa keistimewaannya?

Posted by LyA SaFaR at 8:00 AM 0 comments







Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi. 

Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation. 

Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplemen pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak, maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplemen Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada semua golongan. 

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral kalsium, magnesium, kalium, fosforus, zat besi, flourida, protein, mineral surih, serat, dan asid lemak. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah. Alfalfa juga telah digunakan sekian lama di Afrika sebagai milk booster untuk ibu yang menyusukan anak.

Di antara vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Shaklee adalah:
  • Vitamin A - Untuk penglihatan. Membina ketahan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan: menggalakan pertumbuhan sel, menggalakan kulit yang sihat.
  • Vitamin E - melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
  • Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.
  • Vitamin K - penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati
  • Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
  • Kalsium - membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.
  • Zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
  • Kalium - membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.
  • Fosforus - meningkatkan peranan tisu saraf.
  • Sodium - mengawal keseimbangan cecair dalam badan
  • Magnesium - mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.
  • dan banyak lagi vitamin dan mineral yang dijumpai yang tak dinyatakan di sini.
Selain itu, Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Protein diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan kita. Kekurangan protein di dalam badan menyebabkan kita cepat lesu dan letih. Akar alfalfa pula yang memanjang ke dalam tanah mencari mineral penting yang tidak kesampaian oleh tumbuhan lain.

ALFALFA NI UNTUK APA SEBENARNYA????
  1. Merawat gangguan pencernaan.
  2. Mengawal kolestrol dalam darah
  3. Menghapuskan kolestrol buruk (LDL) 
  4. Mengurankan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetis kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air di dalam badan terutama di bahagian kaki
  7. Mengurangkan simptom menopaus
  8. Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik di dalam badan
  11. Merawat sakit otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Terkenal dengan fungsinya yang memperbanyakkan susu ibu
  15. Merawat masalah pundi kencing
  16. Merawat masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
  21. Membantu merawat lain-lain masalah kesihatan seperti alahan, gout, nafas berbau, arthritis, masalah kolon, hernia hayfever, bau badan, ulser dan sinus.
APA KEISTIMEWAAN ALFALFA SHAKLEE???
  1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  3. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  4. Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti panas dan cirit birit
  5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan
  6. Membantu melengkapkan zat dan nutrisi dalam pemakanan.
AWAS!!!!!
Tidak semua alfalfa adalah sama. Alfalfa yang didapati di supermarkat adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau yang menggunakan racun pesticide. Alfalfa Shaklee ditanam di California USA tanpa menggunakan pesticide, racun kulat, bacterioside, hormon sintetik dan bahan kimia.
Cara pengambilan

Alfalfa boleh diambil 4-6 biji sehari selepas makan. Kebiasaannya diambil 2 biji selepas sarapan pagi, 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji selepas makan malam.

Anda berminat??? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga teristimewa.

Anda tak cukup bajet tetapi berminat untuk mencuba??? Jangan risau... saya ada menyediakan pek percubaan dengan harga yang amat rendah. 

Jom roger2!!!


Shaklee Independent Distributor
SID :1085732
019-8614724
LYA


Soalan Lazim Tentang ESP Shaklee

Posted by LyA SaFaR at 7:12 AM 0 comments


Salam sayang semua,Mesti ramai yang teringin nak minum ESP tapi takut or teragak-agak kan? Jangan risau, bagus ade fikiran camtu, sebab kita nak tau ape yang kita minum, yang kita makan, ia akan jadi darah daging kita kan.

Kat sini saya listkan soalan-soalan yang selalu customer tanya sebelum buat keputusan untuk consume ESP.


ESP Shaklee Perisa Apa?
ESP Shaklee berperisa Vanila, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet. (sedap tau…)

Boleh Minum Dengan Apa?
Boleh diminum begitu sahaja (dicampur dengan air kosong) atau dicampur dengan minuman kegemaran (susu kotak ker, jus buah ker), rasanya pun sedap 

Bagaimana Cara Minum ESP Shaklee?
Bancuh satu sudu ESP Shaklee dengan satu gelas air suam atau sejuk (JANGAN guna air panas), kacau atau shake hingga sebati, minum (shake lagi bagus sebab nanti tak berketul-ketul).

Selain Minum, Apa Lagi Boleh Dibuat Dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt.

Ada Pantang Tak?
ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya (lebih kurang 2 jam).

Satu Bekas 850g Tahan Berapa Lama?
Penggunaan normal biasanya tahan dua bulan
.
Apakah Sukatan Harian ESP Shaklee Untuk Dewasa?
Sekali sehari sudah mencukupi untuk penjimatan, boleh ditambah kepada dua atau tiga kali mengikut keperluan individu (saya minum 2 kali sehari selang waktu antara lunch n dinner).

Bolehkah Diminum Oleh Kanak-Kanak?
ESP Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna (kanak-kanak berumur satu tahun ke atas).

Bagaimana Pula Dengan Orang Tua, Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Bayi?
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak digalakkan untuk bayi di bawah 12 bulan. Juga sesuai untuk alergik atau alahan.

Saya Ada Gastrik, Bolehkah Minum ESP Shaklee?
Sangat bagus dalam membantu menyembuhkan gastrik. ESP Shaklee juga boleh memberi kekenyangan dengan cara yang paling selesa, sesuai untuk diet menguruskan badan

Selepas Pembedahan, Dalam Tempoh Berpantang, Gout, Diabetes (Kencing Manis)?
Juga boleh minum tanpa sebarang masalah.


Shaklee Independent Distributor
SID :1085732
019-8614724
LYA 

 

LYA SAFAR WARDROBE Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review