Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Friday, April 18, 2014

SET CANTIK SHAKLEE

Posted by LyA SaFaR at 11:27 AM 0 comments
 

VITAMIN APA YANG SIHAT UNTUK KULIT CANTIK ??
 
Vitamin B complex :

ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Banyak sebab kenapa b complex ni penting. 

Tapi saya jelaskan dahulu 3 kepentingan utama b-complex untuk kulit yang cantik. ok, yang pertama b-complex ni anti-stress. Anda pasti tahu kan, bila kita stress muka kita cepat berkedut dan nampak lebih tua dari usia. Muka yang stress nampak tidak berseri dan kelihatan kusam. Selain itu, b-complex juga bertindak menukarkan makanan kepada tenaga. Dengan itu, badan anda akan kekal cergas sepanjang hari.

Yang ke-2 , B complex ni melindungi kulit dari pancaran matahari. Terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari akan merosakkan melanin kulit & menyebabkan kulit kelihatan gelap. Kulit yang kusam mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan. Orang yang bekerja di luar kawasan atau lebih terdedah kepada pancaran mentari perlu ambil lebih vitamin b ini. Kulit yang banyak terdedah kepada sinaran mentari juga lebih mudah ditumbuhi jeragat. Nak hilangkan jeragat, silalah konsisten dengan pengambilan B-complex.

Dan yang terakhir adalah, vitamin B-complex ni membantu melancarkan perjalanan darah. Darah yang lancar, menaikkan seri wajah dan wajah akan kelihatan lebih segar & muda. Sebab tu tiap kali anda buat facial, prosedur terakhir, wajah anda akan di urut. Ia bertindak bagi melancarkan darah & membuatkan wajah anda tampak lebih glowing & muda.

 
Vitamin C :

ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk

  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
 
Vitamin E :

terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.



Tentu ramai yg nak tahu.. kenapa Shaklee tambah ekstrak biji anggur kat vitamin E meh kita baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur)..

  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
  • Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
  • Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
  • Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]*
 
Protien :

sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Air: sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah

Monday, March 10, 2014

Set Kesihatan Optimum | Sarapan itu sangat penting

Posted by LyA SaFaR at 8:09 AM 0 comments
Sudahkah anda bersarapan??

Kajian di Harvard University mengatakan bahawa orang yang mengambil sarapan memiliki kecenderungan sehingga 50 peratus untuk tidak mengalami kegemukan

Mengapa sarapan itu penting???

  • Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang lengkap - menunda sarapan membuatkan anda sukar mendapatkan  nutrisi dan vitamin yang diperlukan. Menu sarapan seperti susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.
  • Sarapan boleh menurunkan berat badan - Jika perut kosong, tubuh akan membakar kalori lebih lambat. Sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme. Maknanya pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Walau bagaimanapun, bergantung kepada makanan yang diambil. Makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik dan akan cepat semula merasa lapar. Sebaliknya, makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, dapat meyediakan tenaga secara konsisten dan tidak cepat rasa lapar.
  • Sarapan menigkatkan kemajuan otak - Ketika bangun pagi, sebahagian besar energi telah habis digunakan  oleh aktiviti sehari sebelumnya. Tanpa tenaga yang cukup, otak dan badan tidak bekerja dengan baik.
  • Perlindungan terhadap sakit jantung - Kajian menunjukkan orang yang melewatkan sarapan selama 2 jam memiliki kadar kolestrol buruk LDL lebih tinggi.

 Tips sarapan sihat :

1. Sarapan sebaiknya mengandungi 5 gram serat, 1 hidangan kalsium plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram.

2. Jika tidak sempat bersarapan di rumah, bawa roti dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau setelah sampai di tempat kerja.

3. Makan telur dadar. Kandungan nutrisi dalam telur sangat diperlukan oleh badan kita.

4. Makan buah.

5. Hentikan makan sebelum pukul 8 malam hari. Apabila bangun pagi, anda akan merasa lapar.

6. Anda boleh mulakan sarapan anda dengan set asas Shaklee (set optimum Shaklee) yang terdiri daripada vitamin dan mineral asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Set ini adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat, meningkatkan sistem imuniti badan serta penjagaan mental yang baik. Ia juga membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih sihat untuk menghadapi kehidupan seharian.

Set ini terdiri daripada:

B-Complex - Sustained Release Vita-C - Vitalea



Siapa yang boleh mengambil set ini?
  • lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan kecuali kanak-kanak.
  • individu yang cepat letih, cepat mengantuk, lesu dan tidak bermaya.
  • individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit.
  • individu yang ingin meningkatkan daya fokus

Set ini adalah ASAS dan paling EKONOMI. Sekiranya mampu, anda boleh menambahbaik dengan mengambil Energising Soy Protein, Vita-E Complex, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya.

Suplement Kurangkan Kesakitan Akibat Resdung/Alergi/Gegata/Eczema/Asthma

Posted by LyA SaFaR at 7:54 AM 0 comments
Assalamualaikum Semua...


Pagi ni saya nak kongsi tentang penyakit RESDUNG... Ada orang kata penyakit ni berpunca daripada keturunan. Tapi tak tahu lah betul atau tidak. 


Anda tahu Apa itu RESDUNG? 
Resdung merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius.


Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya.
Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Artikel di bawah ni saya jumpa di Utusan Online.
Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Scan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tip menguruskan resdung:
1) Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
2) Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
3) Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
4) Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
5) Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
6) Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
7) Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
8) Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
9) Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Jika anda berminat untuk mengurangkan resdung dengan cara mengambil suplemen. Anda boleh mencuba vitamin semulajadi dari Shaklee. Vitamin yang dicadangkan ialah Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa. Mengapa?
  • Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
  • B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon
  • Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
Selain daripada resdung (Sinus), vitamin diatas boleh juga diambil oleh sesiapa yang mempunyai asthma (Asthma), alergi(Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).

Shaklee Independent Distributor
SID :1085732
019-8614724
LYA

Makanan Berkhasiat Membantu Ibu Berpantang Cepat Pulih!

Posted by LyA SaFaR at 7:30 AM 0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Jika anda ibu yang baru lepas melahirkan bayi tapi tak tahu nak makan makanan berkhasiat semasa berpantang. Jom baca artikel yang saya jumpa di laman MingguanWanita ni untuk kita semak apa yang patut kita makan selepas bersalin bagi mengekalkan badan kita kekal jelita & sentiasa cergas walaupun semasa berpantang ('',)
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Beberapa minggu pertama selepas kelahiran memang sukar mendapatkan pola makanan yang seimbang. Merasa lapar setelah menyusukan membuatkan ibu memakan apa sahaja di hadapan mata termasuklah yang kurang memenuhi keperluan nutrisi. 
Sebaiknya, elakkan cita-cita menurunkan berat badan dengan cepat. Berat badan anda mungkin hilang sekitar 2.2 hingga 6 kg setelah bayi lahir tetapi memerlukan masa untuk mengembalikan berat badan seperti sebelumnya. Jadi MW kongsikan beberapa info untuk ibu muda: 
  • Ibu yang melahirkan kaedah pembedahan akan berasa tidak selesa kerana luka dan kerap berangin. Bagi menguranginya, cubalah berjalan-jalan. Ambil makanan yang mengandungi vitamin C untuk membantu penyembuhan luka dan protein untuk mengembalikan tenaga. 
  • Apabila buah dimakan secara langsung, vitamin, mineral dan serat masih dalam keadaan baik. Berbeza jika disediakan dalam bentuk jus, beberapa serat terbuang tetapi vitamin dan mineralnya masih ada. 
  • Makanan bertepung yang kaya karbohidrat seperti roti, pasta, nasi dan kentang, selain merupakan sumber tenaga, ia kaya dengan vitamin B kompleks dan serat. Pilih jenis karbohidrat yang memiliki indeks glikemik rendah seperti beras perang, gandum, kacang-kacangan. 
  • Anda memerlukan 1000mg kalsium sehari ketika anda menyusu bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu kehilangan tiga hingga lima peratus massa tulang selama menyusu. Pasti kan anda mendapatkan cukup kalsium dan vitamin D selama dan setelah menyusui. Sumber kalsium boleh diperoleh dari susu dan produk olahannya seperti yogurt dan keju. 
  • Cecair sangat diperlukan oleh ibu menyusu. Minimum sehari ialah 2 hingga 2.7 liter cecair. Cecair ini boleh diperoleh dari air minuman, buah-buahan dan aneka sup. 
  • Pelbagai kajian menyatakan bahawa bayi yang diberi susu ibu dapat meningkatkan kecerdasan dari omega 3 pada makanan ibu. Otak bayi berkembang pesat dan omega 3 membantu perkembangan otak. Sumber makanan yang mengandungi khasiat ini ialah telur, ikan salmon, ikan tuna dan kacang walnut.
Shaklee Independent Distributor
SID :1085732
019-8614724
LYA

 

LYA SAFAR WARDROBE Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review