Monday, March 10, 2014

Kenapa protein perlu bagi Ibu Hamil & Ibu Menyusu

Posted by LyA SaFaR at 7:22 AM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Sempena bulan promosi ESP ni . Saya nak cerita kepentingan protein pada ibu hamil & ibu menyusu. Kenapa PROTEIN perlu bagi ibu hamil & ibu menyusu? Inilah jawapannya :-





  • Ibu Hamil - Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan tisu dan otot bayi anda. Sel terbina dari protien. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut. Jelasnya, kehamilan memerlukan kehadiran protein untuk bina sel.


  • Ibu Menyusu - Protein diperlukan untuk kebaikan ibu & bayi. Komposisi utama dalam susu ibu adalah protein diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain. Semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susu ibu. Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.
Protien boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil suplemen, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang. 

Shaklee ada produk suplemen protein yang halal dan selamat non-GMO [menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses].


Jika anda berminat nak mencuba minuman protein yang sihat & sedap ini, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa-Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!

0 comments:

 

LYA SAFAR WARDROBE Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review