pagi tadi Lya layan MHI,TV3..kisah tentang kucing gelandangan...sedih sangat..meleleh gak lah air mata ni dengar...hhuhuhu...tak faham lya bila ada manusia yang tak tahu nak menghargai nyawa lain seperti kucing...kalau namapak kucing datang minta makan...mulalah disepaknya...dihalau...apa salahnya bagi sedikit makanan yang awak makan tu...tak luak mana pun..malah kucing tu menghargai apa yang dia dapat...
Kalau ikutkan hati,Lya nak je bela meow2 yang lya jumpa...tapi..Lya ni asyik berpindah randah...balik sabah...dok Parit Raja...Layang-Layang...Simpang Rengam...Lya takut tanggugjawab terhadao meow2 tu terabai...huhuh..
Kat rumah Lya di Sabah ni...banyak sangat kucing berkeliaran...cantik2...Tak pasti kucing belaan atau...memang tak bertuan...tapi Lya suka bagi makan...so hari2 meow datang rumah..husband Lya cakap...masa Lya tak ada...kucing2 tu tak datang pun..bila Lya ada semua datang...hihihi....suami Lya panggil Lya..Ibu kucing...hahaha...tak marah pun sebab Lya suka..Lya terpanggil lak nak share cerita tentang Abu Hurairah yang Diberi gelaran Bapa Kucing...jom baca ....
Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila  sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul  Rahman, apa dalam bajunya?  Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu,  aku mengambilnya kerana  kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul  Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).
Gelaran  bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan  maruah dan reputasi Abdul  Rahman, malah inilah gelaran yang paling  disukai tatkala namanya  disebut, kerana nabi sendiri yang memberi  gelaran itu. Selain itu juga,  gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau  kepada suatu amal soleh yang  pernah dilakukannya menerusi pembelaan  seekor anak kucing.
Dan Abu Hurairah   ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah   dikenali juga sebagai GUDANG ILMU.  Dia adalah sahabat yang paling suka   bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan  perniagaan  dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya  paling  banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah   mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.
Banyak  hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan  antaranya beliau telah  mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu  amalan yang sangat  disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada  kucing.
Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.
Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api.  “Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih.

0 comments:
Post a Comment