Tuesday, October 13, 2009

SOFBOL

Posted by LyA SaFaR at 1:12 AM


Masa aku sekolah dulu...dr form 4-6...aku wakil sek dalam sofbol team [TITAN team]...memang syok r dlu..mcm2 gak perkara yang terpaksa kami lalui masa tue..ye lah..masa tue..sukan nie agak x braper nak famous dlm sekolah..ye r..pe pon diorg lebeykan football jek..pe kes..hak3...x per..aper pon..sport nie makin digemari nw...hehhe..besh...dlu aku men dalam position 'shortstop'..biler imbas masa zaman skolah dlu..memang masyukk sehh..besh..thank to my coach a.emy, a.din, and frenz ever atie,eda,edot,amy,ena,no,joe,kical n yg len2..of coz si dia yg share fav sport yg samer Boboy..hehhe ok aku ader info ckit pasal sofbol nie..so enjoy..

MUNGKIN ramai tidak mengetahui permainan sofbol sudah bertapak di negara ini lebih 30 tahun lalu.Ketika itu, hanya popular di kalangan orang berada, penuntut universiti dan warga Malaysia yang pernah menetap di luar negara, terutama Amerika Syarikat (AS).

Walaupun tidak begitu popular berbanding sukan teras lain seperti bola sepak, badminton dan sepak takraw, permainan ini kini mampu mencuri perhatian ramai kerana bukan saja menghiburkan, malah boleh dianggap sebagai sukan rekreasi dan santai sama seperti permainan rounders yang cukup popular di Britain.

Jika dilihat daripada segi luaran saja, permainan ini kelihatan mudah dan menyeronokkan. Namun, bukan semudah disangka kerana bergantung sepenuhnya kepada bakat seseorang, terutama jika ingin bermain pada posisi tertentu seperti pitcher dan catcher.

SEJARAH...

Sofbol atau bola lisut adalah sukan bet. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.

PERATURAN

Sofbol dimainkan di kawasan berbentuk diamond. Kawasan ini mempunyai satu plat rumah dan tiga bes. Setiap pasukan mempunyai sembilan orang pemain. Apabila satu pasukan mengambil giliran memukul, satu pasukan lagi akan memadang. Pasukan memukul akan memukul bola ke kawasan pemadang untuk melakukan larian. Satu larian dikira setelah pemukul berlari mengelilingi diamond dengan memijak semua bes dan balik semula ke plat rumah.

Pasukan memadang boleh mematikan pasukan lawannya dengan cara menyentuh pelari bes dengan glof yang memegang bola atau menghantar bola kepada pemadang di bes lebih dahulu daripada pelari. Giliran memukul tamat jika terdapat tiga pemukul terkeluar atau `mati`. Setelah tamat permainan, pasukan yang lebih larian akan dikira pemenang. Sesuatu perlawanan biasanya mengandungi tujuh inning. Satu inning dikira setelah setiap pasukan bermain dalam sesi memukul dan satu lagi sesi memadang.

ALATAN

Alatan yang perlu ada bagi satu perlawanan permainan sofbol seperti Glof, Mit, Adang muka, Bes(berbentuk segiempat, Penahan dada, Bola sofbol, Plat(berbentuk segi tiga), dan Bet(kayu pemukul).

KEMAHIRAN ASAS

ni ialah kemahiran-kemahiran asas sofbol seperti :

Membaling Bola

Fasa Persediaan

  • Buka kaki seluas bahu.
  • Fleksi lutut.
  • Kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan.
  • badan menghadap ke arah bola datang.


Fasa Pelaksanaan

  • Tumpukan mata pada layangan bola.
  • Ekstensi kedua-dua tangan ke arah bola.
  • Tangan membaling di belakang glove

Fasa Ikut Lajak

  • Perangkap bola dalam pocket glove dan serap daya.
  • Genggam bola dengan glove sambil membaling menyerkup bola.
  • Bawa bola ke bahu tangan membaling.
  • Ambil bola dari dalam glove.
  • Sedia untuk lontaran.

Balingan "Pitcher"

Bola hendaklah dibaling secara pergerakan "underarm" ataupun di bawah tangan. Bola hendaklah dilepaskan ketika hayunan berada di bawah paha. Selain balingan ini adalah tidak dibenarkan.


Balingan "Fielder"

Balingan sisi
  • Berdiri sisi, pandang ke sasaran.
  • Depakan sebelah tangan ke sasaran.
  • Tarik tangan ke belakang bahu.
  • Baling bola dari sisi bahu.
Balingan atas bahu
  • Berdiri sisi, pandang ke sasaran.
  • Tarik tangan ke bealakang bahu.
  • Baling bola melepasi atas bahu.
  • Ikut lajak.

Menangkap Bola Tinggi

  • Menangkap bola tinggi hampir badan
  • Menangkap bola ke atas kepala

Menangkap bola tinggi hampir badan

  • Menghadap ke arah bola.
  • Kaki buka seluas bahu.
  • Lutut dibengkokkan sedikit.
  • Luruskan tangan ke atas hadapan badan.
  • Pandang bola masuk ke glof.

Menangkap bola atas kepala

  • Badan menghadap bola.
  • Kaki buka seluas bahu.
  • Lutut dibengkokkan sedikit.
  • Luruskan tangan ke atas kepala.
  • Pandang bola masuk ke glof.

Menerima lemparan

  • Keadaan sedia
  • Semasa menangkap bola

Keadaan sedia

  • Lari ke bes dan pandang ke arah bola.
  • Badan menghadap bola.
  • Tangan bersedia untuk menangkap bola.

Semasa menangkap bola

  • Badan menghadap bola.
  • Pandang ke arah bola.
  • Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan.
  • Suaikan kedudukan tangan mengikut arah bola.

Memukul dan Menampan

Terdapat tiga cara memegang bet.

  • Cekak pendek
  • Cekak sederhana
  • Cekak panjang

Bersedia

  • Berdiri sisi dari arah lemparan.
  • Kaki buka seluas bahu.
  • Lutut dibengkokkan sedikit.
  • Pandang ke arah bola.
  • Tarik bet ke belakang.

Memukul

  • Pasak kaki.
  • Pandang ke arah bola dan ayun bet ke hadapan.

Semasa menampan

  • Pandang ke arah bola.
  • Kaki buka seluas bahu.
  • Lutut dan siku dibengkokkan sedikit.
  • Halakan bet ke arah bola.

Ikut lajak

  • Kedua-dua belah lengan ikut lajak.

Kemahiran Melempar

Terdapat dua gaya lemparan yang sering digunakan oleh "pitcher".

  • Gaya Ayunan (slingshot)

Gaya Ayunan (slingshot)

  • Berdiri menghadap sasaran.
  • Lutut dibengkokkan sedikit.
  • Pegang bola, luruskan lengan ke bawah.
  • Ayun lengan ke belakang dan terus ke hadapan.
  • Ayunkan bola ke sasaran.
  • Ikut lajak.

Gaya Kincir Angin (windmill)

  • Berdiri dan kaki rapat.
  • Putar lengan membentuk satu bulatan.
  • Melangkah setapak ke hadapan.
  • Lepaskan bola sebaik sahaja tangan yang diayun melepasi paha.
  • Ikut lajak.
BEE BEE love sofbol

0 comments:

 

LYA SAFAR WARDROBE Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review