Assalamualaikum...
Pagi khamis yang indah...bagi orang johor hari ni hari yang best sebab esok cuti....hoyeah..hari ni Lya nak cerita pasal slimmmming gitu...masing2 nak tampil cantik menawan slim melim di hari raya...so jon kita try set slimming shaklee ni..tak salah mencuba dari tak mencuba langsung kan..usaha tangga kejayaan...yeahhh
Tak dinafikan, Shaklee Slimming
set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti
sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat , kita tak boleh bergantung 100%
kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping
memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.
Ramai yang terutamanya yang dah mengambil supplement Shaklee seperti CINCH SHAKES, OMEGA GUARD, ALFALFA ,LECITHIN,CINCH TEA
dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet
yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu jugak
diingat berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan
nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat
40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak. Rasanya semua dah tahu
cara kira BMI, so tak payah saya terangkan disini.
Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.
1. Makan sumber protin pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan.
Bagi yang dah ada set slimming shaklee, CINCH SHAKES baik
anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung
kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan
beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit
mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin. Tak perlu gunakan
susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja,
contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum
bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan
sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil
diwaktu sarapan.
2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta.
Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara
waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta,
makaroni, spegheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin
mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat
segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi
dari oat masak.
3. Makan makanan yang segar.
Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage,
nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses
mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan.
Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.
4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.
Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga
adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi
yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih
sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada
masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya
makan waktu petang.
5. elakkan makan buah buahan berlebihan.
Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah buahan banyak baik
untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan
seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat
seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan,
Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul
mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.
6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.
Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang
sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan kadar kalsium
dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan sumber kalsium dan magnasium.
7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.
Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga
kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan
lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, emberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.
8. Hentikan penggunaan minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.
Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi
dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak
dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.
9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.
Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi
apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak
tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.
Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging
bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang
diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan
buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak
lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari.
Pengambilan Minyak Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.
10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas,
anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang
betul.
Cadangan Pemakanan Slimming Set Shaklee
SARAPAN
- Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
- Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
- Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit
MAKAN TENGAH HARI
- Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
- Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
- Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
- Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.
MAKAN MALAM
- Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
- Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
- Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.
0 comments:
Post a Comment