❝ Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
Keputihan
 biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika 
keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada 
jangkitan.
Sama
 juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu 
basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada
 faraj menandakan jangkitan. ❞
PUNCA KEPUTIHAN:
Keputihan atau lendir faraj terjadi akibat : 
✿ Perubahan hormon yang dilalui setiap wanita
✿ Jangkitan kuman yang menganggu organ kewanitaan
✿ Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
✿ Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
✿ Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
✿ Penyakit dalaman 
seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan
 hormon dan cenderung kepada penyakit.
✿ Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Penyakit yang paling 
biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual 
seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, 
Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Tanda-tanda Keputihan Abnormal
Beberapa tanda dan ciri-ciri keputihan abnormal adalah seperti berikut:
1. Cecair yang keluar berwarna kecoklatan.
Warna
 kecoklatan pada keputihan abnormal ini kerana cecair yang keluar 
bercampur dengan darah, biasanya berlaku pada wanita dengan kitaran haid
 tidak teratur. Jika disertai dengan rasa sakit pada pinggul maka 
kemungkinan ada gejala kanser endometrium atau kanser serviks.
2. Cecair yang keluar berwarna kekuning-kuningan.
Jika
 cecair keputihan yang keluar berwarna kekuning-kuningan biasanya 
petanda terjadinya jangkitan gonorhea; apalagi jika keputihan disertai 
dengan pendarahan dan rasa nyeri pada saat buang air kecil.
3. Cecair yang keluar berwarna kehijauan disertai bau busuk 
Warna kehijuan dan bau busuk pada keputihan abnormal ini biasanya menandakan adanya jangkitan trikomoniasis.
4. Cecair yang keluar kental berwarna putih susu.
Jika
 keputihan abnormal yang keluar kental dan berwarna putih susu, serta 
disertai bengkak dan rasa sakit pada faraj, adalah petanda adanya 
jangkitan organ pembiakan.
5. Gatal sekitar vagina
Jika
 cecair keputihan berwarna kekuningan disertai bau , gatal, bengkak dan 
kemerahan pada bibir faraj maka kemungkinan besar keputihan abnormal ini
 disebabkan kerana bakteria.
Alfalfa Complex Shaklee merupakan pilihan terbaik kerana Alfalfa membantu mengatasi masalah keputihan dan masalah kewanitaan yang lain. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat. 
Shaklee Independent Distributor
SID :1085732
019-8614724
LYA 
 

 

0 comments:
Post a Comment