Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk pergi ke kepulauan utama di sekitarnya iaitu Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan. Ketiga tiga pulau ini tidak jauh dengan jeti Jesselton Point dan juga hanya memakan masa hanya 10-15 minit untuk tiba dari satu pulau ke satu pulau yang lain.
Jesselton Point
Anda boleh mendapatkan pekej di Jesselton Point dengan harga yang berpatutan (RM30-RM50 seorang) untuk ke tiga tiga pulau tersebut dalam masa sehari.
Jika anda bercadang untuk menginap, Pulau Manukan yang merupakan pulau terbesar di antara ketiga tiganya adalah tempat yang paling sesuai berdasarkan fasiliti yang baik serta dilengkapi dengan chalet dan restoren.
Tetapi ada baik jika anda membawa sedikit bekalan makanan, kerana kebanyakan Maklumlah apabila sibuk bergiat dengan aktiviti berenang, snorkeling, naik belon udara ataupun berkayak perut cepat benar terasa lapar.
Aktiviti yang paling popular dilakukan di Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan ialah tidak lain & tidak bukan iaitu berenang dan snorkeling. Bagi mereka yang sudah biasa, snorkeling adalah aktiviti yang menyeronokkan tapi yang masih baru akan terkial kial mendapat rentak dan selalunya masa dihabiskan dengan menelan air laut melalui mulut dan hidung. Untuk membiasakan diri dengan snorkeling, anda mungkin menghabiskan 10-20 minit dengan termanggu manggu seperti begini:

2 comments:
saya follow kamu.. gambar cantikcantik ...
hehehhe....tq.....
Post a Comment