Wednesday, June 22, 2011

MIMPI DITAMPAR?

Posted by LyA SaFaR at 11:44 AM
ADA SEORANG PEMUDA..MENCARI GURU AGAMA,USTAZ ATAU SESIAPA SAHAJA YANG MAMPU MENJAWAB TIGA PERTANYAANNYA.AKHIRNYA DIA BERJUMPA DENGAN SEORANG YANG BIJAK..

LALU DIA PUN BERTANYA :

"SIAPA TUAN?BOLEHKAH TUAN MENJAWAB PERTANYAAN-PERTANYAAN SAYA?"

"SAYA HAMBA ALLAH DAN DENGAN IZINNYA SAYA AKAN BERUSAHA MENJAWABYA"

"TUAN YAKIN?BAHKAN PROFESSOR DAN BANYAK ORANG CERDIK PANDAI TIDAK MAMPU MENJAWAB SOALAN SAYA"

"SAYA AKAN CUBA MENGIKUT KEMAMPUAN SAYA"

"SAYA ADA TIGA PERTANYAAN :-

1.KALAU MEMANG TUHAN ITU ADA, TUNJUKKAN WUJUD TUHAN KEPADA SAYA

2.APA YANG DINAMAKAN TAKDIR?

3.KALAU SYAITAN DICIPTAKAN DARI API,KENAPA DIMASUKKAN KE NERAKA YANG JUGA DIBUAT DARI API?TENTUNYA IANYA TIDAK MENYAKITKAN BAGI SYAITAN, SEBAB KEDUANYA MEMILIKI UNSUR YANG SAMA.APAKAH TUHAN TIDAK BERFIKIR SEJAUH ITU?

TIBA-TIBA SIBIJAK MENAMPAR PIPI ANAK MUDA ITU DENGAN KERAS.PEMUDA ITU TENTU SAJA TERKEJUT YANG AMAT SANGAT.

"KENAPA ANDA MARAH PADA SAYA?"TANYANYA SAMBIL MEMEGANG PIPINYA YANG SAKIT.

"SAYA TIDAK MARAH,TAMPARAN ITU ADALAH JAWAPAN SAYA UNTUK KETIGA2 PERTANYAAN TUAN"

"SAYA KURANG FAHAM"

"BAGAIMANA RASANYA TAMPARAN SAYA?"

"TENTUNYA SAKIT"

"JADI ANDA PERCAYA BAHAWA SAKIT ITU ADA?"

"TENTU SAJA"

"TUNJUKKAN KEPADA SAYA WUJUDNYA SAKIT ITU"

"SAYA TIDAK BOLEH"

"ITULAH JAWAPAN SAYA ATAS PERTANYAAN PERTAMA TUAN.KITA SEMUA MERASAKAN KEWUJUDAN TUHAN TANPA MAMPU MELIHAT-NYA.

"APAKAH MALAM TADI TUAN ADA BERMIMPI AKAN MENERIMA TAMPARAN DARI SAYA PADA HARI NI?"

"TIDAK"

"ITULAH YANG DINAMAKAN TAKDIR"

"DARI APA TANGAN SAYA DICIPTAKAN YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENAMPAR TUAN TADI?"
"DARI KULIT"

"DARI APA PULA PIPI TUAN DICIPTAKAN?"

"DARI KULIT JUGA"

"BAGAIMANA RASANYA TAMPARAN SAYA TADI?"

"SAKIT"

"WALAUPUN SYAITAN DAN NERAKA SAMA-SAMA TERBUAT DARI API,NERAKA TETAP MENJADI TEMPAT YANG MENYAKITKAN BAGI SYAITAN"

Syed Alwi Alatas (2010). Bila Allah menduga kita.
Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.


4 comments:

sipotdsg said...

hohh bagus bila dikongsikan bersama padamereka yang igin tahu tetang kewujudan ALLAH S.W.T

LyA SaFaR said...

tol tu amy....along suka baca buku ni...banyak ilmunya...kadang2 kita dah taw pasal tu..tp x perasan..

farahin nasir said...

time kaseh untuk perkongsian entry nie.. tampar!
:)

JOM LAYAN WORDLESS WEDNESDAY!

LyA SaFaR said...

sama2..hehhe

 

LYA SAFAR WARDROBE Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review