Tuesday, October 13, 2009

SIMPANG RENGAM

Posted by LyA SaFaR at 11:13 PM
Hari nie..Bee Bee nak story pasal tempat lahir...aku org johor,yang dilahirkan kat Kluang dan dibesarkan ngn jayanyer oleh mak aku di Simpang Rengam...so this the story...

Simpang Renggam
ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kluang, Johor. Sekarang Simpang Renggam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam. Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001.

Majlis Daerah Simpang Renggam

Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan dan pengisytiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.

Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.

Penempatan Majlis

Terdiri daripada 5 buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai Sayong dan Layang-Layang dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik. Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta swasta.

Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom iaitu ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini.

Padang Golf, lapangan terbang dan bangunan-bangunan lama adalah tinggalan sejarah yang masih kekal sehingga kini.


Sekolah

Berikut adalah senarai nama sekolah yang terletak di kawasan Simpang Renggam

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Andak
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunos
  • Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam
  • Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam 2
  • Sekolah Kebangsaan Seri Macap
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Tuan Poon
  • Sekolah Kebangsaan LKTP Layang-Layang




2 comments:

Apple Pie said...

Lya, kalau nak bubuh gambar kat profile yg displayed on follower list,pls go to edit profile and nanti kat bwh tu dia ada prompt utk upload pic, then upload your pic from there :)

all the best Bee Bee

Bee Bee World said...

oryte apple pie..i try..tq

 

LYA SAFAR WARDROBE Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review