Friday, April 18, 2014

SET CANTIK SHAKLEE

Posted by LyA SaFaR at 11:27 AM
 

VITAMIN APA YANG SIHAT UNTUK KULIT CANTIK ??
 
Vitamin B complex :

ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Banyak sebab kenapa b complex ni penting. 

Tapi saya jelaskan dahulu 3 kepentingan utama b-complex untuk kulit yang cantik. ok, yang pertama b-complex ni anti-stress. Anda pasti tahu kan, bila kita stress muka kita cepat berkedut dan nampak lebih tua dari usia. Muka yang stress nampak tidak berseri dan kelihatan kusam. Selain itu, b-complex juga bertindak menukarkan makanan kepada tenaga. Dengan itu, badan anda akan kekal cergas sepanjang hari.

Yang ke-2 , B complex ni melindungi kulit dari pancaran matahari. Terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari akan merosakkan melanin kulit & menyebabkan kulit kelihatan gelap. Kulit yang kusam mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan. Orang yang bekerja di luar kawasan atau lebih terdedah kepada pancaran mentari perlu ambil lebih vitamin b ini. Kulit yang banyak terdedah kepada sinaran mentari juga lebih mudah ditumbuhi jeragat. Nak hilangkan jeragat, silalah konsisten dengan pengambilan B-complex.

Dan yang terakhir adalah, vitamin B-complex ni membantu melancarkan perjalanan darah. Darah yang lancar, menaikkan seri wajah dan wajah akan kelihatan lebih segar & muda. Sebab tu tiap kali anda buat facial, prosedur terakhir, wajah anda akan di urut. Ia bertindak bagi melancarkan darah & membuatkan wajah anda tampak lebih glowing & muda.

 
Vitamin C :

ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk

  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
 
Vitamin E :

terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.



Tentu ramai yg nak tahu.. kenapa Shaklee tambah ekstrak biji anggur kat vitamin E meh kita baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur)..

  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
  • Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
  • Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
  • Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]*
 
Protien :

sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Air: sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah

0 comments:

 

LYA SAFAR WARDROBE Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review